"Mengidam" hendak ke pantai? Ini tujuh tip selamat buat anda!

Antara destinasi yang menjadi tumpuan orang ramai pastinya kawasan pantai dan pulau-pulau.

Jika anda ingin menghirup udara segar di pantai dan pulau-pulau tetapi masih tidak pasti apa yang perlu dilakukan sebagai langah keselamatan, ini tujuh tip buat anda. -Gambar hiasan | Astro Awani
PASTI ramai yang “mengidam” untuk kembali merasai pengalaman bercuti lebih-lebih lagi selepas hampir empat bulan tidak dibenarkan merentas negeri susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara destinasi yang menjadi tumpuan orang ramai pastinya kawasan pantai dan pulau-pulau.

Jika anda berhasrat untuk menghirup udara segar di pantai dan pulau-pulau tetapi masih tidak pasti apa yang perlu dilakukan sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan jangkitan COVID-19, ini tujuh tip buat anda;

1) Pilih destinasi yang sesuai

Anda dinasihatkan untuk memilih destinasi yang sesuai dan membandingkan kawasan mana yang lebih selamat dan berisiko rendah untuk dituju.

Setibanya di destinasi yang dituju, anda juga dinasihatkan untuk menjaga kebersihan di sekitar pantai dan pulau agar ia juga selamat untuk dituju oleh pengunjung lain.

BACA: Mahu bercuti? Kenali 5 pulau yang boleh dikunjungi di Terengganu!

2) Menilai risiko

Bagi melakukan aktiviti di luar rumah, terdapat beberapa risiko yang perlu anda teliti.

Ini termasuk membawa warga emas dan kanak-kanak bercuti.

Jika anda ingin membawa golongan ini bersama ketika bercuti, pastikan kawasan tersebut mempunyai kelengkapan kesihatan yang baik.

Atau anda juga boleh membawa sendiri peralatan dan ubat-ubatan yang sesuai.

BACA: Melancong ketika fasa normal baharu? Ini perubahan yang anda boleh jangkakan

3) Jaga jarak sosial

Ketika anda sedang bergembira menikmati keindahan alam semula jadi di pantai, anda diingatkan untuk sentiasa mengamalkan penjarakan sosial.

Antara langkah terbaik adalah mengelakkan dari menggunakan tempat tertutup yang digunakan orang ramai seperti tandas awam.

Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa membasuh tangan atau menggunakan cecair pembasmi kuman.

Ketika anda sedang bergembira menikmati keindahan alam semula jadi di pantai, anda diingatkan untuk sentiasa mengamalkan penjarakan sosial.

4) Guna pelitup muka

Sekiranya anda berdepan dengan situasi di tempat yang sesak, anda digalakkan untuk menggunakan pelitup muka bagi mencegah dan mengawal penularan pandemik COVID-19.

Walaupun ia tidak digalakkan untuk menggunakannya ketika sedang bersenam atau berjemur, jika anda merasakan ia sesuai untuk digunakan, ia amatlah digalakkan.

5) Bawa makanan sendiri

Untuk mengelakkan makanan di dalam restoran yang sesak, anda digalakkan untuk membawa bekalan makanan sendiri ketika berkelah di tepi pantai.

Untuk mengelakkan makanan di dalam restoran yang sesak, anda digalakkan untuk membawa bekalan makanan sendiri ketika berkelah di tepi pantai.

6) Bandingkan pilihan anda

Adalah penting buat anda untuk melakukan perbandingan tentang pemilihan kawasan atau destinasi yang ingin dituju.

Anda boleh mempertimbangkan untuk memilih destinasi yang lebih privasi atau mengehadkan jumlah pelancong.

Anda boleh lakukan tinjauan tersebut melalui laman web atau boleh berhubung terus dengan pihak hotel.

7) Jaga keselamatan di pantai

Dalam sibuk menjaga diri daripada jangkitan COVID-19, jangan lupa untuk untuk menjaga keselamatan diri semasa di pantai.

Ini bermakna jangan lupa untuk kekal hidrat dengan minum air yang secukupnya ketika berjemur dan menggunakan kirm pelindung matahari.

Ini bermakna jangan lupa untuk kekal hidrat dengan minum air yang secukupnya ketika berjemur dan menggunakan kirm pelindung matahari.