Syahdu masjid sepi, tapi semuanya bersebab...

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac, tiada soalat Jumaat diadakan di seluruh negara.

Kelihatan beberapa orang awam menunggu waktu solat Zohor ketika tinjauan di Masjid Negara pada Jumaat, 20 Mac 2020. | Astro Awani
Syahdu masjid, COVID19

Syahdu masjid, COVID19

Kelihatan beberapa orang awam menunggu waktu solat Zohor ketika tinjauan di Masjid Negara pada Jumaat, 20 Mac 2020.

Syahdu masjid, sepi, covid19

Syahdu masjid, sepi, covid19

Bilal Masjid Tenguku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Ustaz Muhammad Aizat Johari melaungkan azan Zohor bagi menggantikan solat Jumaat yang ditangguhkan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020. - Bernama

Syahdu masjid, sepi, covid19

Syahdu masjid, sepi, covid19

Pembantu Hal Ehwal Islam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ustaz Abdull Rasyid Kamarudin melaungkan azan bagi menggantikan Solat Jumaat susulan Perintah Kawalan Pergerakan sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19. - Bernama

Syahdu masjid, sepi, covid19

Syahdu masjid, sepi, covid19

Imam Masjid Negara Muhammad Afif Jamal mengimamkan solat Zohor bagi menggantikan Solat Jumaat susulan Perintah Kawalan Pergerakan sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19 ketika tinjauan hari ini. - Bernama

Syahdu masjid , sepi, COVID19

Syahdu masjid , sepi, COVID19

Imam Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Luqman Abdul Majid mengimamkan solat Zohor berjemaah dengan jarak selamat satu meter dengan dimakmumkan Bilal Masjid, Muhammad Hafiz Mohd Arif (kanan) dan Adiman Baharon (kiri) berikutan solat Jumaat tidak diadakan di seluruh negara susulan Perintah Kawalan Pergerakan sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19. - Bernama