Gambar terbaik minggu ini: 10 April 2015

Gambar terbaik minggu ini: 10 April 2015

Model skala 'The Kelpies' iaitu sebuah arca kepala kuda gergasi di Falkirk, Scotland dipamerkan pada hari pembukaan Festival Grand National di Padang Lumba Kuda Aintree di Liverpool, England pada 9 April 2015. Kemuncak acara tahunan selama tiga hari itu adalah perlumbaan kuda berhalangan sejauh 7.24 kilometer yang menjadi aktiviti pertaruhan paling besar di United Kingdom. - Foto AFP/Oli Scarff | Astro Awani
Photos of the week, World in Photos, AFP

Photos of the week, World in Photos, AFP

Model skala 'The Kelpies' iaitu sebuah arca kepala kuda gergasi di Falkirk, Scotland dipamerkan pada hari pembukaan Festival Grand National di Padang Lumba Kuda Aintree di Liverpool, England pada 9 April 2015. Kemuncak acara tahunan selama tiga hari itu adalah perlumbaan kuda berhalangan sejauh 7.24 kilometer yang menjadi aktiviti pertaruhan paling besar di United Kingdom. - Foto AFP/Oli Scarff

Photos of the week, World in Photos, AFP

Photos of the week, World in Photos, AFP

Pelajar Kenya berkabung dengan berpakaian hitam dan memegang lilin ketika berarak di Nairobi bagi mengingati mangsa serangan Kolej Universiti Garissa pada 7 April 2015. - Foto AP/Ben Curtis

Photos of the week, World in Photos, AFP

Photos of the week, World in Photos, AFP

Sebuah arca berjudul 'Wanita dan Beli-Belah' karya seniman Ron Mueck ini dipamerkan di The Triennale, Milan, Itali. Ia merupakan sebahagian daripada tarikan Expo Milan 2015 yang memberi tumpuan kepada hasil kerja seni bertema makanan, nutrisi dan menikmati makanan bersama. - Foto AFP/Olivier Morin

Photos of the week, World in Photos, AFP

Photos of the week, World in Photos, AFP

Sebuah peluru berpandu gagal meledak setelah jatuh tercacak di sebuah padang berdekatan perkampungan Dmitrivka pada 7 April. Walaupun pengumuman gencatan senjata telah meredakan situasi antara pemberontak pro-Rusia dan tentera Ukraine, ancaman periuk api masih menghantui rakyat di kawasan konflik. - Foto AFP/Dimitar Dilkoff

Photos of the week, World in Photos, AFP

Photos of the week, World in Photos, AFP

Gambar yang diambil pada 2 April 2015 ini menunjukkan seekor burung pipit menikmati nektar daripada bunga 'cherry blossom' atau 'sakura' yang sedang mekar penuh di Taman Ueno di Tokyo, Jepun. - Foto AP/Shizuo Kambayashi

Photos of the week, World in Photos, AFP

Photos of the week, World in Photos, AFP

Corey Lashley (kiri) dan bapanya, Jimmy Lashley Sr., mengaut tiram di perairan cetek Teluk Apalachicola di Florida, Amerika Syarikat pada 2 April 2015. Industri pemprosesan tiram kini diancam isu ekonomi, alam sekitar, kesihatan dan peraturan keselamatan. - Foto AP/Mark Wallheiser

Photos of the week, World in Photos, AFP

Photos of the week, World in Photos, AFP

Lakaran kamar mahkamah ini menunjukkan suspek pengebom maraton Boston, Dzhokhar Tsarnaev (dua, kiri) berdiri bersama peguambelanya William Fick (kiri),Judy Clarke (dua, kanan) dan David Bruck, sewaktu pihak juri mengumumkan keputusan setelah perbicaraan yang membawa hukuman mati. Dalam insiden tersebut, tiga orang maut manakala 260 lagi cedera. - Foto AP/Jane Flavell Collins

Photos of the week, World in Photos, AFP

Photos of the week, World in Photos, AFP

Kepulan asap hitam yang dipercayai daripada sumber telaga minyak ini telah dibakar oleh militan Negara Islam (IS) di Mkeishifa iaitu di selatan bandar Tikrit, Iraq. Angkatan tentera kerajaan masih berusaha merampas kembali kawasan berkenaan. - Foto AFP/Ahmad Al-Rubaye

Photos of the week, World in Photos, AFP

Photos of the week, World in Photos, AFP

Sebuah bot layar merentasi lautan yang dicemari tumpahan minyak bertoksik daripada sebuah kapal muatan pada Khamis, 9 April 2015 di Vancouver, British Columbia. - Foto AP/The Canadian Press/Darryl Dyck