Ambang Aidilfitri, meriah tak terperi!

Kompilasi gambar kemeriahan berbelanja, suasana persiapan dan keterujaan semangat balik kampung menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Orang ramai berehat seketika daripada membeli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman sambil menikmati dendangan lagu raya yang dipersembahkan oleh penyanyi jalanan pada minggu terakhir Ramadan. - Astro AWANI/Shahir Omar | Astro Awani
Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Orang ramai berehat seketika daripada membeli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman sambil menikmati dendangan lagu raya yang dipersembahkan oleh penyanyi jalanan pada minggu terakhir Ramadan. - Astro AWANI/Shahir Omar

Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Kuih raya moden dan tradisional pelbagai jenis disusun rapi bagi menarik perhatian pelanggan yang berkunjung di bazar Jalan Tuanku Abdul Rahman. - Astro AWANI/Shahir Omar

Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Baju Melayu berwarna-warni dilihat dijual di bazar Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk memancing citarasa pelanggan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri Jumaat ini. - Astro AWANI/Shahir Omar

Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Pelbagai ragam manusia dapat dilihat di kawasan jualan bazar Aidilfitri di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman pada malam-malam terakhir Ramadan. - Astro AWANI/Shahir Omar

Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Orang ramai yang mengunjungi bazar di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman pada malam-malam terakhir Ramadan tentunya mengharapkan diskaun terbaik untuk berbelanja sempena sambutan Syawal. - Astro AWANI/Shahir Omar

Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Seorang pelanggan sedang mencuba pakai sehelai tudung di salah satu kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pastinya ramai mahu tampil bergaya pada Hari Raya Aidilfitri. - Astro AWANI/Shahir Omar

Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Ibu bapa tidak ketinggalan membawa anak-anak masing-masing ke kawasan bazar sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman kerana pelbagai barangan keperluan diri dan kelengkapan untuk seisi keluarga ditawarkan. - Astro AWANI/Shahir Omar

Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Kompleks Terminal Bersepadu Selatan dipenuhi dengan warga kota yang mahu kembali ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri Jumaat ini. - Astro AWANI/Shahir Omar

Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Warga kota tertib beratur di kaunter pelbagai kompleks pengangkutan Terminal Bersepadu Selatan bagi membeli tiket untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. - Astro AWANI/Shahir Omar

Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Setiap seorang ada destinasi dan cerita masing-masing sempena penghujung Ramadan ini. Apakah agaknya cerita mereka ini yang sempat dirakam lensa kamera? - Astro AWANI/Shahir Omar

Port Klang, Indonesia, balik kampung, terminal feri, Kompleks Dato' Shaari Jihin,

Port Klang, Indonesia, balik kampung, terminal feri, Kompleks Dato' Shaari Jihin,

Suasana awal pagi di terminal feri di Kompleks Datuk Shaari Jihin, Pelabuhan Klang. Warga Indonesia bersiap sedia untuk pulang menyambut Lebaran di kampung halaman masing masing. - Astro AWANI / Shahir Omar

Port Klang, Indonesia, balik kampung, terminal feri, Kompleks Dato' Shaari Jihin,

Port Klang, Indonesia, balik kampung, terminal feri, Kompleks Dato' Shaari Jihin,

Seorang lelaki Indonesia tertidur ketika menunggu feri di Kompleks Dato' Shaari Jihin, Pelabuhan Klang. Semoga dia dapat pulang dengan selamat demi bertemu keluarga tersayang. - Astro AWANI/Shahir Omar

Port Klang, Indonesia, balik kampung, terminal feri, Kompleks Dato' Shaari Jihin,

Port Klang, Indonesia, balik kampung, terminal feri, Kompleks Dato' Shaari Jihin,

Perjalanan yang panjang, tapi berbaloi untuk ditempuhi. Sebahagian daripada penumpang, yang kebanyakannya warga Indonesia, beratur membeli tiket di Kompleks Datuk Shaari Jihin, Pelabuhan Klang. - Astro AWANI/Shahir Omar

Port Klang, Indonesia, balik kampung, terminal feri, Kompleks Dato' Shaari Jihin,

Port Klang, Indonesia, balik kampung, terminal feri, Kompleks Dato' Shaari Jihin,

Seorang wanita warga Indonesia memeluk anak patung beruang ketika menunggu feri di Kompleks Datuk Shaari Jihin, Pelabuhan Klang. Entah siapa agaknya yang bakal menerima hadiah istimewa itu di kampung halaman? - Astro AWANI/Shahir Omar

Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Lampu hiasan rumah pelbagai warna dan bentuk digantung pada sebuah gerai di Jalan Tuanku Abdul Rahman, tentunya untuk menarik perhatian pelanggan yang lalu-lalang. - Astro AWANI/Shahir Omar

Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Aidilfitri 2018, Persiapan Hari Raya

Bazar di Jalan Tuanku Abdul Rahman sesak dengan pelanggan yang ingin menikmati diskaun terakhir sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Jumaat ini. - Astro AWANI/Shahir Omar