Sepupu Khabib, Umar Nurmagomedov sertai UFC

Sepupu kepada juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov iaitu Umar Nurmagomedov disahkan telah menyertai promosi MMA terbesar dunia, UFC.

Sepupu Khabib, Umar Nurmagomedov sertai UFC | Astro Awani
SEPUPU kepada juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov iaitu Umar Nurmagomedov disahkan telah menyertai promosi MMA terbesar dunia, UFC.

Perkara itu dimaklumkan oleh Khabib menerusi muat naik di akaun Instagramnya pada Jumaat.

Berusia 24 tahun, petarung kelahiran Dagestan, Rusia itu sebelum ini pernah beraksi dalam beberapa promosi MMA termasuk Professional Fighters League (PFL) dan Gorilla Fighting Championship (GFC).

BACA: Khabib hanya terima 'rematch' dengan McGregor jika UFC bayar AS$100 juta

Seperti Khabib, Umar mempunyai rekod profesional MMA tanpa kalah dalam 12 pertarungan yang ditandinginya.

Umar yang bertarung dalam divisyen featherweight, menjalani latihannya di Eagles MMA, Rusia dan di American Kickboxing Academy di San Jose, California, Amerika Syarikat.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Я, лошадь и боец @ufc - Братишка @umar_nurmagomedov тебе многое предстоит доказать, когда я подписался в #ufc было много людей, которые не верили в меня, но моя команда и близкие мои люди поддерживали и верили в меня. - Упование на Всевышнего и труд принесут свои плоды. - У тебя есть все для результата, а теперь действуй и доказывай, что твоё место среди лучших атлетов мира. @umar_nurmagomedov

A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on