Pemain bola sepak remaja Perak maut dalam kejadian langgar lari

Allahyarham adalah bekas pelajar SMK Clifford, Kuala Kangsar dan telah menyertai pasukan Perak B-19 sejak Disember 2019.

KUALA LUMPUR:Pemain bola sepak Perak B-19, Muhammad Izzat Shah Ibrahim, 18 tahun, meninggal dunia dalam  kemalangan jalan raya di hadapan Pejabat Sub Renjer Hutan Chemor, Jalan Kuala Kangsar, dekat sini, malam Ahad.

Allahyarham adalah bekas pelajar SMK Clifford, Kuala Kangsar dan telah menyertai pasukan Perak B-19 sejak Disember 2019.

Sementara itu, polis meminta saksi kes kemalangan itu untuk tampil membantu siasatan.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh hari ini, kes melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta yang nombor pendaftarannya tidak pasti.

Katanya, pada jam 11.55 malam, mayat Muhammad Izzat Shah yang beralamat di Kampung Kuala Sayong Hilir ditemui terbaring di atas jalan raya manakala motosikalnya dengan nombor pendaftaran AHK 2239 berada dalam jarak 40 meter dari mayat mangsa.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mangsa pada ketika itu menunggang motosikal dari arah Chemor menghala ke Klebang hendak pulang ke rumah.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa telah terbabas sendiri akibat dilanggar oleh sebuah kenderaan lain nombor pendaftaran tidak pasti,” katanya.

Menurut kenyataan itu, akibat perlanggaran tersebut mangsa telah tercampak di atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ipoh, Inspektor Mohd Izarrie Shafie, nombor telefon 013-4138899.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, menurut Facebook Perak TBG, jenazah akan dikebumikan di Masjid Bendang Kering, Kuala Kangsar selepas solat Zohor hari ini.