Tun Mahathir letak jawatan Perdana Menteri, Pengerusi Bersatu

Surat peletakan jawatan telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dr Mahathir telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh hari ini. - Gambar fail | Astro Awani
Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Surat peletakan jawatan telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berita itu disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi.

"Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh hari ini.

"Surat itu telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada pukul 1.00 tengah hari,” menurut kenyataan itu.

Setengah jam kemudian, Dr Mahathir turut mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Surat tersebut dihantar kepada ibu pejabat parti hari ini, menurut satu kenyataan Pejabat Pengerusi Bersatu.