Proses hari ini amat mengecewakan - Nurul Izzah

Nurul Izzah sifatkan proses membabitkan usul menyingkirkan Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen amat mengecewakan.

Nurul Izzah sifatkan proses membabitkan usul menyingkirkan Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen amat mengecewakan. - Foto Facebook Nurul Izzah | Astro Awani
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menyifatkan proses membabitkan usul menyingkirkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam sidang Parlimen pada Isnin amat mengecewakan.

Beliau yang juga bekas Naib Presiden PKR berkata, dengan hanya 111 undi, Yang Dipertua Dewan Rakyat berganti baharu.

"Proses hari ini amat mengecewakan. Namun, dengan hanya 111 undi, Speaker Dewan Rakyat berganti baharu.

"Namun, Speaker wajib pamer kepimpinan yang adil, profesional dan berprinsip dan jangan merelakan serangan seksis mahupun rasis," katanya dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya di sini.


Persidangan Dewan Rakyat yang membuka tirai hari ini menumpukan usul mengosongkan jawatan Yang Dipertua Dewan dan Timbalannya yang menghangatkan suasana hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14.

Usul itu adalah untuk Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff dan Timbalannya, Nga Kor Ming mengosongkan jawatan mereka.