Majlis Presiden PH akan tentukan parti bertanding PRK DUN Rantau - Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan secara tradisi kerusi berkenaan ialah hak milik PKR

Anwar berkata percaturan terakhir perlu dilaksanakan menerusi saluran yang betul dan berpaksikan semangat kesepakatan bersama. - Gambar fail | Astro Awani
Penentuan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau akan dibincangkan menerusi Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan secara tradisi kerusi berkenaan ialah hak milik PKR.

Namun jelas beliau, percaturan terakhir perlu dilaksanakan menerusi saluran yang betul dan berpaksikan semangat kesepakatan bersama.

"Secara biasanya begitulah tapi kita putuskan dalam mesyuarat majlis presiden, ikut proses tapi selama ini secara tradisinya begitulah tapi tradisi bukan hukum," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat kaukus tersebut di bangunan parlimen pada Isnin.

Mahkamah Persekutuan pada Isnin, menolak petisyen difailkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban, pada 16 November lalu yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi DUN Rantau, terbatal dan tidak sah.

BACA: "Saya akan pertahan kerusi DUN Rantau" - Mohamad Hasan

BACA: Mahkamah Persekutuan batal kemenangan Mohamad Hasan di kerusi DUN Rantau

Pada 29 November tahun lalu, Mohamad memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Calon PKR bagi DUN Rantau pada PRU-14, Dr S Streram merangkap Naib Ketua PKR Cabang Rembau, memfailkan petisyen pada 23 Mei tahun lalu untuk membatalkan keputusan SPR yang mengisytiharkan Mohamad memenangi kerusi DUN Rantau.