Ketepikan dahulu hal Muafakat Nasional, fokus kepada COVID-19 - Abang Johari

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberitahu, beliau belum memikirkan tentang gabungan UMNO-Pas, Muafakat Nasional (MN).

Abang Johari mengulangi pendirian bahawa pada masa ini GPS terus menyokong Kerajaan Persekutuan ditadbir Perikatan Nasional. | Astro Awani
KUCHING:Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberitahu, beliau belum memikirkan tentang gabungan UMNO-Pas, Muafakat Nasional (MN).

Bagaimanapun tegas beliau, apa yang lebih penting adalah memberi fokus kepada penyelesaian membendung penularan COVID-19 yang melanda Sarawak khususnya Bandaraya Kuching yang kini berstatus zon merah.

"GPS (Gabungan Parti Sarawak) menyokong.. Kita adalah kerajaan Perikatan Nasional plus di peringkat Persekutuan.

"GPS tidak memikirkannya (Muafakat Nasional). Apa yang lihat sekarang adalah COVID-19. Ia merupakan perkara serius memandangkan Kuching kini zon merah. Itu (isu COVID-19) adalah apa yang sedang difikirkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan UMNO-Pas untuk memperkasa Muafakat Nasional.

Terdahulu, Abang Johari hadir ke Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 32 Kuching sebagai Bandaraya Pertama kali 32 tahun,

Abang Johari mengulangi pendirian bahawa pada masa ini GPS terus menyokong Kerajaan Persekutuan ditadbir Perikatan Nasional.

GPS ialah gabungan empat parti Sarawak yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).