Kejahatan hanya akan rancak sekiranya diberi perhatian - Khairy

Rakyat Malaysia sudah cukup trauma dengan cerita fitnah politik lampau.

Menjadi seorang ahli politik bukanlah pekerjaan yang senang - Khairy Jamaluddin | Astro Awani
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyifatkan suasana politik Malaysia pada ketika ini berada pada tahap tengik atau terlalu busuk.

Katanya, menjadi seorang ahli politik bukanlah pekerjaan yang senang.

"Kadangkala ia kotor, kadangkala ia teramat keji.

"Hari ini politik Malaysia berada pada tahap paling busuk!, " katanya menerusi InstaStory di akaun Instagram miliknya pada Rabu.

Jelas beliau, rakyat Malaysia sudah cukup trauma dengan cerita fitnah politik lampau.

Khairy memberikan komen berhubung isu politik semasa melalui akaun instagramnya - Sumber Instagram / KhairyKJ

"Adakah kita mahu dedahkan generasi lain dengan fitnah keji demi menjatuhkan watak seseorang?

"Kejahatan hanya akan rancak sekiranya diberi perhatian," katanya lagi.

BACA: "Sayalah lelaki yang bersama Menteri itu"