'Jika diizin, saya akan wujudkan kerajaan yang tidak memihak mana-mana parti' - Tun M

Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad memohon untuk diizinkan agar dapat mengadakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.

'Jika diizin, saya akan wujudkan kerajaan yang tidak memihak mana-mana parti' - Tun M | Astro Awani
Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad memohon untuk diizinkan agar dapat mengadakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.

Dalam satu perutusan khas yang disiarkan secara langsung hari ini, beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan hanya kepentingan negara sahaja diutamakan buat masa kini.

“Politik, orang politik dan parti politik terlalu utamakan politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.

“Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan,” katanya lagi.


Ini merupakan kali pertama Dr Mahathir bercakap secara langsung di media selepas kali terakhir bersuara pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, Jumaat lepas.