Isu peralihan kuasa PM konsisten, jelas - Fahmi Fadzil

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menunjukkan signal politik yang jelas berhubung penggantinya nanti.

KUALA LUMPUR:Isu peralihan kuasa kedudukan Perdana Menteri telah menunjukkan keputusan yang konsisten dan mencapai permuafakatan dalam akar umbi Pakatan Harapan.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menunjukkan isyarat politik yang jelas berhubung penggantinya nanti.

“InsyaAllah ... Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ambil alih selepas Tun Dr Mahathir Mohamad, Dr Mahathir telah menyebutnya dan Pakatan Harapan juga telah membangkitkan perkara sama, tiada perbezaan.

“Tun Mahathir konsisten dalam kenyataannya ... beliau akan melepaskan jawatan Perdana Menteri selepas (sidang) kemuncak Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 dan selepas itulah sepatutnya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Menurut Fahmi, isu peralihan kuasa itu juga dijangka memberi impak positif kepada kedudukan ekonomi negara dalam meyakinkan pelabur ekoran keadaan politk negara yang lebih stabil.

Bagaimanapun, Fahmi yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai turut berpendapat, apa lebih penting adalah untuk terus melunaskan manifiesto selain membantu menyelesaikan isu masalah rakyat yang lebih penting berbanding tumpuan kepada isu peralihan kuasa.

Tun Mahathir sebelum ini telah berkali-kali menyatakan hasrat beliau untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri pada satu masa yang sesuai.

Pada Khamis, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir di pejabat beliau di Putrajaya sekembalinya dari Port Dickson.

BACA: Tun M tidak terlibat dalam akuan berkanun, janji serah jawatan - Anwar Ibrahim

BACA: "Kalau saya mungkir janji ..." - Tun Mahathir

BACA: Nama Tun M rosak jika tak serah jawatan PM pada Anwar, kata ahli DAP Perak

BACA: Hormati konsensus, jangan bicara soal peralihan kuasa secara terbuka- Anwar

BACA: Serah jawatan PM: Tidak akan berlaku sebelum APEC 2020 - Tun Mahathir

Tun Mahathir pada Jumaat sekali lagi menyatakan pendiriannya untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri sebaik sahaja selesai APEC 2020 pada November depan.