Gencatan sengketa politik: Rakyat Malaysia mahu pemimpin hentikan drama

Astro AWANI melalui empat platform media sosial rasminya melakukan pungutan suara melibatkan warga maya dengan memfokuskan kepada gencatan sengketa politik, COIVD-19 dan kemelesetan ekonomi Malaysia.

Majoriti menjawab Setuju, yang bermaksud mereka mahu gencatan sengketa politik dilaksanakan sehingga ancaman virus dan kemelesetan ekonomi negara dapat diselesaikan. - Gambar fail | Astro Awani
Meskipun negara kini sedang ‘bertarung’ dengan ancaman pandemik COVID-19 namun masih terdapat segelintir pemimpin politik yang seolah-olah tidak peka dengan situasi tersebut malah masih galak mencatur drama politik.

Drama berterusan itu menghadirkan rasa tidak senang dalam kalangan rakyat yang rata-ratanya mahu pemimpin memberikan tumpuan kepada usaha mengatasi COVID-19 daripada terus sibuk mengejar kuasa.

Astro AWANI melalui empat platform media sosial rasminya melakukan pungutan suara melibatkan warga maya dengan memfokuskan kepada gencatan sengketa politik, COIVD-19 dan kemelesetan ekonomi Malaysia.

Berikut adalah soalan daripada Astro AWANI: “Adakah anda fikir pemimpin politik perlu melakukan gencatan sengketa politik sehingga ancaman virus dan kemelesetan ekonomi yang melanda negara akibat pandemik COVID-19 dapat diselesaikan?”.

Berdasarkan undian dalam keempat-empat platform itu, majoriti menjawab ‘Setuju’, yang bermaksud mereka mahu gencatan sengketa politik dilaksanakan sehingga ancaman virus dan kemelesetan ekonomi negara dapat diselesaikan.

Dalam Facebook rasmi Astro AWANI , 16,544 (88 peratus) daripada 18,800 netizen bersetuju manakala 12 peratus daripadanya mengetik ‘Tidak Setuju’.

Sumber Facebook astroawani

Latha Krishnan dalam komennya berkata: “Selesaikan COVID-19 dulu. Selesai COVID-19, terpulang kepada kerajaan. Apa sekalipun, give the best answer untuk rakyat Malaysia. Be fair, honest and with dedication.”

Em Jay pula merasakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memimpin pada ketika ini cukup baik dan berkebajikan.

Dalam Facebook rasmi Astro AWANI , 16,544 (88 peratus) daripada 18,800 netizen bersetuju manakala 12 peratus daripadanya mengetik ‘Tidak Setuju’.

“InsyaAllah ramai yang setuju dengan pandangan saya (Melayu, Cina, India, Bumiputera dan Borneo) dapat rasa kebajikan dari kerajaan 2020,” tulisnya.

Sementara itu, 77.5 peratus daripada 2,909 responden di Twitter bersetuju gencatan sengketa politik dilaksanakan manakala 22.5 peratus berpendapat sebaliknya.


Di YouTube pula, hanya sembilan peratus daripada lebih 3,600 responden memilih untuk tidak bersetuju manakala 91 peratus daripadanya bersetuju.

Saiful Ijazzudin dalam komennya menulis: “Rakyat undi mereka sebagai wakil rakyat untuk selesai isu rakyat, selesai masalah negara, bukan suruh mereka berebut jawatan siapa nak jadi PM (Perdana Menteri)!”.

Di YouTube pula, hanya sembilan peratus daripada lebih 3,600 responden memilih untuk tidak bersetuju manakala 91 peratus daripadanya bersetuju.

“Teruskan dengan PN sebagai kerajaan. Kebanyakan kementerian di bawah PM8 (Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin) menjalankan tugas yang baik walaupun hanya beberapa bulan memegang jawatan,” komen Tengku Intan Tengku Izham.

Dalam Telegram rasmi Astro AWANI pula, 90 peratus daripada lebih 1,700 responden bersetuju pemimpin menghentikan sengketa politik manakala 10 peratus daripadanya tidak bersetuju dengan cadangan itu.