Fuziah Salleh dilantik sebagai Ketua Wanita PKR

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dilantik sebagai Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara rasmi pada Sabtu.

Fuziah mengisi kekosongan jawatan tersebut selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha yang dilucutkan keahliannya daripada PKR. Foto: Facebook/ KeadilanRakyat | Astro Awani
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dilantik sebagai Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara rasmi pada Sabtu.

Perkara itu diumumkan PKR menerusi kenyataan di Facebook rasmi mereka.

Fuziah mengisi kekosongan jawatan tersebut selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha yang dilucutkan keahliannya daripada PKR.

Haniza digantung keahliannya daripada PKR pada 6 April lepas kerana bertemu Mohamed Azmin dan bekas Naib Presiden parti tersebut, Zuraida Kamarudin di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Februari lepas.

Sumber Facebook KeadilanRakyat


Untuk rekod, pada Pemilihan PKR 2018, Haniza dan Fuziah berentap bagi jawatan tersebut manakala bagi jawatan Timbalan Ketua Wanita disandang oleh ADUN Sementa, Dr Daroyah Alwi.

Namun, Dr Daroyah mengumumkan keluar dari parti itu selepas hilang keyakinan terhadap pimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika ini, jawatan tersebut masih kosong.