Dua ADUN Bersatu di Pulau Pinang tarik balik sokongan terhadap Pakatan Harapan

ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan ADUN Teluk Bahang, Zolkifli Md Lazim menarik balik sokongan yang diikrarkan mereka sebelum ini.

Dua ADUN Bersatu di Pulau Pinang tarik balik sokongan terhadap Pakatan Harapan | Astro Awani
KELAPA BATAS:Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di Pulau Pinang kini menjadi wakil rakyat pembangkang selepas tidak lagi menyokong pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan (PH).

ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan ADUN Teluk Bahang, Zolkifli Md Lazim menarik balik sokongan yang diikrarkan mereka sebelum ini.

Bagaimanapun, tindakan kedua-dua ADUN itu tidak mempengaruhi keseimbangan kuasa di Pulau Pinang dengan PH masih menguasai 35 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kedua-dua ADUN berkenaan mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Khaliq dan Zolkifli senada menyatakan pendirian untuk bersama parti Bersatu dan menyokong kepimpinan presiden merangkap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Khaliq Mehtab berkata beliau akan mengikuti hala tuju parti dengan memberi sokongan kepada Muhyiddin.

"Saya ikut parti, dan pendirian saya adalah mengikut hala tuju di bawah kepimpinan Bersatu," katanya.

Sementara itu, Zolkifli berkata, walaupun dia tidak lagi menyokong pentadbiran PH namun dia masih bersama parti dan hanya mengikut keputusan Bersatu dan bukannya PH.

"Saya ahli Bersatu ,dan masih lagi Bersatu, saya hanya mengikut keputusan parti yang kini tidak lagi bersama PH, jadi saya juga sama, jadi Bersatu kini adalah pembangkang di Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi.

Khaliq Mehtab dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), sebuah agensi di bawah kerajaan pusat, manakala Zolkifli dilantik sebagai anggota Lembaga Penasihat Mara Corp Sdn Bhd, satu cabang pelaburan Majlis Amanah Rakyat (Mara).