Usahawan PKS Sarawak, lekas isi borang kaji selidik MINTRED!

Usahawan PKS diminta untuk mengisi satu borang kaji dan mengembalikan kepada MINTRED dengan kadar segera.

MINTRED akan guna hasil kaji selidik ini bagi mengenal pasti kesan PKP terhadap usahawan PKS Sarawak disusuli langkah bagi membantu golongan ini. - Foto Astro AWANI | Astro Awani
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) sedang menjalankan Kaji Selidik mengenai kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sarawak.

Sehubungan itu, usahawan PKS diminta untuk mengisi satu borang kaji dan mengembalikan kepada MINTRED dengan kadar segera.

Borang berkenaan boleh didapati di pautan http://sarawakku.com/smeresponse.

Kenyataan rasmi MINTRED yang meminta Usahawan PKS Sarawak isi borang kaji selidik bagi bantu golongan itu

Maklum balas sangat penting bagi membolehkan MINTRED mengenalpasti keadaan ekonomi semasa ketika pelaksanaan PKP yang diumumkan kerajaan susulan penularan wabak COVID-19.

Ia akan disusuli tindakan segera bagi membantu PKS dan ekonomi secara keseluruhan berikutan situasi yang mencabar ketika ini.