Trafik Lebuh Raya Plus berkurangan menjelang Aidilfitri

Trend kemasukan kenderaan ke lebuh raya ketika ini hanya melibatkan pihak tertentu serta sektor ekonomi yang dibuka sejak 4 Mei lalu.

Trafik Lebuh Raya Plus berkurangan menjelang Aidilfitri | Astro Awani
KUALA LUMPUR:Kira-kira 950,000 buah kenderaan menggunakan Lebuh Raya Plus Malaysia Berhad (Plus) di seluruh negara menjelang sambutan hari raya Aidilfitri esok.

Ketua Kecemerlangan Operasi Plus, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, trend kemasukan kenderaan ke lebuh raya dilihat akan berkurangan bermula hari ini hingga esok berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP) dilaksanakan kerajaan khususnya larangan perjalanan rentas negeri.

Menurut beliau, trend kemasukan kenderaan ke lebuh raya ketika ini hanya melibatkan pihak tertentu serta sektor ekonomi yang dibuka sejak 4 Mei lalu.

"Pada awalnya kita jangkakan satu juta kenderaan akan menggunakan Lebuh Raya Plus menjelang perayaan tahun ini, namun jumlah itu tidak dicapai berikutan PKPB yang dilaksanakan kerajaan.

"Keadaan trafik di lebuh raya juga semakin berkurangan pada hari ini dan dijangka lengang pada esok (Hari Raya Aidilfitri) berbanding dua hari lapas," katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mohd Yusof berkata, fokus Plus kini tertumpu kepada pergerakan kenderaan di lebuh raya dalam negeri seperti di Johor, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan sahaja.

"Operasi kita juga turut dikurangkan sehingga 70 peratus berikutan tiada penjadualan pergerakan dilaksanakan seperti mana yang dilakukan sebelum ini.

"Bagaimanapun, operasi di kawasan rehat dan rawat (R&R) masih dibuka seperti kedai makan untuk bawa pulang, tempat letak kenderaan, tandas awam kecuali surau," katanya.