Seorang maut, tiga cedera termasuk anggota polis dalam kemalangan dua lori

Anggota polis itu dilaporkan kritikal manakala kelindan lori tiga tan yang membawa muatan barangan komputer itu terselamat.

Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak polis dan hospital untuk tindakan lanjut. - Gambar Bomba | Astro Awani
Seorang maut manakala tiga lagi cedera, termasuk seorang anggota polis, apabila sebuah lori lima tan dikatakan melanggar belakang sebuah lori tiga tan yang berhenti untuk pemeriksaan polis.

Kejadian berlaku di Kilometer 383 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat sini, awal pagi ini.

Mangsa yang maut ialah pemandu lori tiga tan, Mohd Hairi Zainal Abidin, 42 tahun.

Manakala yang cedera ialah anggota polis, Mazuan Shah Nurudin, 34 tahun, serta pemandu dan kelindan lori lima tan, Anuar Nayan, 46 tahun, dan Mohd Shukri Jamaluddin, 35 tahun.

Anggota polis itu dilaporkan kritikal manakala kelindan lori tiga tan yang membawa muatan barangan komputer itu terselamat.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak, mereka menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 2.14 pagi.

Anggota polis itu dilaporkan kritikal manakala kelindan lori tiga tan yang membawa muatan barangan komputer itu terselamat.

“Kemalangan berlaku apabila lori lima tan telah melanggar belakang lori tiga tan yang berhenti di bahu jalan ketika pemeriksaan polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan mangsa terperosok di bawah lori lima tan dan disahkan maut di tempat kejadian.

Kemalangan turut menyebabkan pemandu dan kelindan lori lima tan itu tersepit.

Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak polis dan hospital untuk tindakan lanjut.