Semak fakta: MKN nafi video tular kekecohan pasar raya Johor

Mengulas mengenai sebuah rakaman video insiden yang tular itu, MKN berkata ia sebenarnya merupakan sebuah insiden rompakan (looting) yang berlaku di pasaraya di beberapa bandar di Amerika Syarikat.

MKN menafikan dakwaan bahawa berlaku insiden kekecohan di sebuah pasar raya di Johor. - Gambar Instagram @kkmm_gov | Astro Awani
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan bahawa berlaku insiden kekecohan di sebuah pasar raya di Johor..

MKN dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, berkata rakaman video insiden yang tular itu sebenarnya insiden rompakan yang berlaku di beberapa pasar raya di Amerika Syarikat.

“MKN turut menafikan dakwaan, Foodpanda, Grabfood dan restoran yang sudah mendapat kebenaran- sesiapa yang keluar rumah walaupun dengan alasan menghantar makanan akan didenda kompaun RM 1,000,” kata kenyataan itu pada Selasa.

Sementara itu, kenyataan itu turut menyebut, Ketua Polis Daerah Tawau, Sabah menafikan dakwaan satu notis Ketua Polis Negara (KPN) berhubung Perintah Kawalan Pergerakan.

“Notis itu jelas mengandungi mesej yang tidak benar dan tidak selari sepenuhnya dengan arahan semasa oleh KPN,” katanya.

.