Sektor penerbangan kini dibuka: Ini senarai garis panduan yang perlu dipatuhi

Perkhidmatan penerbangan berjadual penumpang dan kargo bagi laluan domestik dan antarabangsa serta perkhidmatan general aviation termasuk operasi jet peribadi dan perniagaan dibenarkan beroperasi.

Sektor pengangkutan udara antara sektor yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - Foto Fail | Astro Awani
SEKTOR pengangkutan udara antara sektor yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagaimanapun, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyenaraikan garis panduan yang perlu dipatuhi.

PENERBANGAN BERJADUAL & KARGO
Waktu Beroperasi: 12.00 pagi – 12.00 tengah malam
Waktu Kehadiran Pelanggan: 12.00 pagi – 12.00 tengah malam
Kapasiti Pekerja: 100%

Pemeriksaan suhu badan dan pemakaian 'face mask'
• Menggunakan thermal scanner (pengimbas suhu) sebelum memasuki terminal lapangan terbang.
• Mewajibkan face mask kepada semua individu yang memasuki terminal.

Pendaftaran masuk di kaunter
• Penguatkuasaan penjarakan 1 meter di antara penumpang.
• Penandaan garisan bagi penjarakan sosial.
• Penggunaan face mask oleh ejen kaunter syarikat penerbangan.
• Menggunakan hand sanitizer selepas urusan di kaunter 'check in' (daftar masuk).

Aturan tempat duduk dalam pesawat
• Penjarakan sosial dengan pengosongan tempat duduk di antara penumpang.
• Tidak membenarkan preference block tempat duduk oleh penumpang.
• Nyahkuman ruang pesawat.
• Melaksanakan proses nyahkuman pesawat selepas operasi.
Boarding (menaiki pesawat)
• Penguatkuasaan penjarakan 1 meter di antara penumpang.
• Penggunaan face mask oleh ejen kaunter syarikat penerbangan.
Meal Service (penyediaan makanan)
• Mengelakkan close contact (kontak rapat) dengan penumpang.

Lavatory Service (perkhidmatan tandas)
• Pembersihan tandas sekurang-kurangnya 1 kali bagi setiap 5 kali penggunaan.

LAPANGAN TERBANG

• Perkhidmatan lapangan terbang
• Perkhidmatan pengendalian darat
• Perkhidmatan kawalan trafik udara
• Perkhidmatan sekolah penerbangan / kolej penerbangan / latihan penerbangan (sama seperti sektor pengajian tinggi)
Waktu Beroperasi: Mengikut waktu operasi padang terbang
Waktu Kehadiran Pelanggan: Mengikut waktu operasi padang terbang
Kapasiti Pekerja: 100%

Pemantauan gejala COVID-19
• Memantau gejala COVID-19 di kalangan penumpang, pengguna dan pekerja lapangan terbang melalui pemeriksaan suhu badan.

Penggunaan sanitizer, face mask dan rubber gloves
• Kakitangan dikehendaki menggunakan sanitizer, face mask, dan rubber gloves apabila bertugas berdasarkan kesesuaian lokasi kerja.
• Penggunaan face mask dan sanitizer adalah wajib kepada penumpang dalam pesawat.

Penjarakan sosial dan tatacara keselamatan kesihatan pekerja
• Pemakaian face mask oleh setiap pekerja di kawasan umum adalah diwajibkan.
• Memastikan garis panduan amalan terbaik social / penjarakan sosial disediakan seperti tanda jarak 1 meter di lantai, meja dan kerusi.

Kesiapsiagaan dalam sebarang perkembangan terkini COVID-19
• Emergency Operation Centre (EOC) dan Airport Crisis Management Team MASB dalam keadaan berjaga-jaga dan sentiasa menunggu arahan / perkembangan terkini.