Satu lagi kematian, ini lima perkara tumpuan sidang media COVID-19 hari ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu COVID-19 mengalami peningkatan hari ini, namun kekal pada angka dua digit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu COVID-19 mengalami peningkatan hari ini, namun kekal pada angka dua digit. | Astro Awani
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu COVID-19 mengalami peningkatan hari ini, namun kekal pada angka dua digit.

Berikut antara lima perkara penting yang disebut dalam sidang media COVID-19 hari ini.

1. 37 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 8,303 kes.

2. 8 kes positif COVID-19 melibatkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan 29 kes penularan dalam negara termasuk 10 warganegara Malaysia.

3. Tiada kes COVID-19 memerlukan bantuan pernafasan hari ini, lima kes berada di di Unit Rawatan Rapi (ICU).

4. 25 kes COVID-19 telah pulih , menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah 6,635 kes.

5. Satu lagi kes kematian baharu COVID-19 dilaporkan melibatkan seorang wanita warganegara Malaysia berusia 79 tahun.