Sabah Memilih: Pemimpin tertinggi UMNO turun, dipercayai bincang pengagihan kerusi

Kehangatan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semakin terasa dengan kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke negeri ini, lewat petang tadi.

Rombongan pemimpin pusat itu tiba di Kota Kinabalu, kira-kira jam 7.20 petang tadi dengan disambut oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. | Astro Awani
Kehangatan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semakin terasa dengan kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke negeri ini, lewat petang tadi.

Selain Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, turut kelihatan adalah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Rombongan pemimpin pusat itu tiba di Kota Kinabalu, kira-kira jam 7.20 petang tadi dengan disambut oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Difahamkan, UMNO pusat dan negeri akan mengadakan mesyuarat tertutup di Kota Kinabalu yang antara lain berbincang mengenai senario terkini politik di Sabah, termasuk isu pengagihan kerusi.

Baru-baru ini, Bung Moktar dalam sidang medianya mendedahkan Barisan Nasional (BN) dan rakan sekutu akan bertanding di kesemua 73 kerusi yang dipertandingkan.