PRK Rantau: Pengundi memilih Adun baharu

515 orang petugas akan bertugas sepanjang proses berlangsung bagi memastikan kelancaran pengundian di DUN N27 itu.

Seramai 20,793 orang daripada 20,804 orang pengundi biasa layak mengundi hari ini. - Gambar hiasan | Astro Awani
POLIS menempatkan lebih seribu anggota bagi memastikan perjalanan hari mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini berjalan lancar.

Sebanyak 14 pusat mengundi membabitkan 53 saluran dibuka bermula dari 8 pagi hingga 5.30 petang bagi tujuan proses Rantau Memilih itu.

Seramai 20,793 orang daripada 20,804 orang pengundi biasa layak mengundi hari ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 11 orang sudah mengundi secara pos.

515 orang petugas akan bertugas sepanjang proses berlangsung bagi memastikan kelancaran pengundian di DUN N27 itu.

BACA: PRK Rantau: Saya tidak berapa optimis, tapi harap kita menang - Tun M

BACA: Keputusan PRK DUN Rantau diketahui sebelum jam 10 malam

BACA: PRK Rantau: Ilham Centre jangka Mohamad Hasan akan menang

PRK DUN Rantau menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, dan dua calon bebas, masing-masing bekas pensyarah dan suri rumah iaitu Mohd Nor Yassin dan Malarvizhi Rajaram.

PRK tersebut diadakan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak petisyen difailkan Mohamad, yang juga penyandang DUN Rantau untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 November lepas, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 terbatal dan tidak sah.