PKPP: Kenderaan komersial, kargo dibenarkan masuk melalui sempadan negara di Perlis, Kedah

Keputusan tersebut hanya diberikan kepada kenderaan perdagangan komersial dan kargo sahaja.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan tersebut hanya diberikan kepada kenderaan perdagangan komersial dan kargo sahaja. - Gambar fail | Astro Awani
PUTRAJAYA:Kerajaan pada Selasa membenarkan pergerakan di pintu masuk negara melalui sempadan negara di negeri Perlis dan Kedah.

Kebenaran tersebut meliputi pembukaan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Padang Besar dan Durian Burung.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan tersebut hanya diberikan kepada kenderaan perdagangan komersial dan kargo sahaja.

“Agensi-agensi yang terlibat telah dimaklumkan mengenai keputusan ini untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri berkata Mesyuarat Khas turut memutuskan rakyat Malaysia yang berada di Singapura tidak lagi perlu memohon permit MyPass daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia sekiranya mereka mahu pulang ke negara ini.