PKPP: 19,111 PATI sudah dihantar pulang setakat 7 Julai

Sejak 6 Jun lalu, kerajaan mula menghantar pulang PATI yang didapati negatif COVID-19, dengan menyaksikan fasa pertama penghantaran pulang membabitkan warga Indonesia.

Sejak 6 Jun lalu, kerajaan mula menghantar pulang PATI yang didapati negatif COVID-19, dengan menyaksikan fasa pertama penghantaran pulang membabitkan warga Indonesia. - Gambar BERNAMA | Astro Awani
Seramai 19,111 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang disahkan negatif COVID-19 sudah dihantar pulang ke negara masing-masing setakat 7 Julai lalu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, Indonesia antara tiga negara tertinggi bilangan PATI yang dihantar pulang iaitu seramai 8,575 orang.

Sementara dua negara lagi masing-masing dari Bangladesh seramai 2,584 dan Myanmar seramai 1,890 PATI.

Sejak 6 Jun lalu, kerajaan mula menghantar pulang PATI yang didapati negatif COVID-19, dengan menyaksikan fasa pertama penghantaran pulang membabitkan warga Indonesia.

PATI tersebut masing-masing diterbangkan ke Jakarta, Medan dan Surabaya.