PKPB: Topeng mulut dan hidung tidak wajib, tetapi sangat digalakkan - Dr Noor Hisham

Penggunaan topeng penutup mulut dan hidung tidak diwajibkan namun ia adalah sangat digalakkan.

Dr Noor Hisham, menyatakan selain penggunaan topeng penutup mulut dan hidung amalan penjarakan sosial satu meter juga perlu, dengan ini boleh mengelakkan diri daripada dijangkiti COVID-19 | Astro Awani
Penggunaan topeng penutup mulut dan hidung tidak diwajibkan ketika ini namun penggunaannya adalah sangat digalakkan bagi mencegah jangkitan COVID-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, penggunaan topeng itu digalakkan terutamanya ketika berada di kawasan orang ramai.

"Memakai topeng penutup mulut dan hidung digalakkan bukan satu kewajipan tetapi ia sangat digalakkan," katanya pada sidang media harian Kementerian Kesihatan Malaysia pada Isnin.

Dr Noor Hisham, menyatakan selain penggunaan topeng penutup mulut dan hidung, amalan penjarakan sosial satu meter juga perlu diamalkan bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti COVID-19.


Pada masa sama Dr Noor Hisham turut memberi ingatan kepada beberapa sektor ekonomi yang dibenarkan untuk membuka semula perniagaan agar mematuhi kepada syarat-syarat dan standard prosedur operasi (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Katanya, sekiranya rakyat Malaysia terus mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan seharian, ia akan mampu memutuskan rantaian wabak membunuh itu.