PKPB: MKN gariskan SOP bagi operasi sektor pertanian, industri asas tani

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggariskan prosedur operasi standard (SOP) untuk beberapa sektor terlibat.

Berikut senarai aktiviti, protokol dan arahan tetap di bawah MOA mengikut sektor terlibat. - Gambar fail | Astro Awani
Susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan pembukaan hampir semua aktiviti ekonomi pada Jumaat, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggariskan prosedur operasi standard (SOP) untuk beberapa sektor terlibat.

Berikut senarai aktiviti, protokol dan arahan tetap di bawah kementerian itu seperti yang digariskan berdasarkan tindakan dan penerangan ringkas dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

1. Sektor Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
2. Sektor Makanan – Padi dan Beras

Peraturan seperti penjarakan sosial, penggunaan pembasmi kuman, pembersihan dan sanitasi, penjagaan jarak pelanggan (satu meter) dan pengambilan suhu badan dan pemakaian topeng muka perlu dilaksanakan mengikut standard ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

3. Sektor Perdagangan dan Keselamatan

Sektor ini perlu mengikut prosedur perkhidmatan kuarantin dan pemeriksaan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, langkah-langkah pencegahan kebersihan perlu dilaksanakan mengikut standard ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

4. Sektor Perikanan
5. Sektor Pertanian

Peraturan seperti penjarakan sosial, penggunaan pembasmi kuman, pembersihan dan sanitasi, penjagaan jarak pelanggan (satu meter) dan pengambilan suhu badan dan pemakaian topeng muka perlu dilaksanakan mengikut standard ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di ladang/ pusat pengumpulan/ pusat pengredan/ pusat pemprosesan/ pusat penjualan.

Selain itu, standard berikut juga perlu dilaksanakan di premis benih, baja, racun, peralatan jentera untuk pekerja dan pelanggan.

Majikan perlu memastikan penjarakan sosial satu meter sepanjang proses penghasilan produk IAT (penerimaan bahan mentah/ pemprosesan/ pembungkusan) dan semasa penjualan.


6. Sektor Makanan (Nanas) dan Penternakan

Bagi sektor perladangan nanas, pengantaran buah nanas ke kilang dan pemasaran buah nanas perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).

Bagi kedua-dua sektor tersebut, peraturan seperti penjarakan sosial, penggunaan pembasmi kuman, pembersihan dan sanitasi, penjagaan jarak pelanggan (satu meter) dan pengambilan suhu badan dan pemakaian topeng muka perlu dilaksanakan mengikut standard ditetapkan.