Penjual ikan ditahan, raba kemaluan pelanggan di pasar

Seorang penjual ikan diberkas di Pasar Lahad Datu, pada pagi Sabtu, selepas disyaki menyentuh kemaluan seorang wanita yang sedang memilih ketam.

Seorang penjual ikan diberkas di Pasar Lahad Datu selepas disyaki menyentuh kemaluan seorang wanita yang sedang memiliki ketam. - Foto ihsan polis | Astro Awani
Seorang penjual ikan diberkas di Pasar Lahad Datu, pada pagi Sabtu selepas disyaki menyentuh kemaluan seorang wanita yang sedang memilih ketam.

Suspek lelaki yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) disyaki warga Filipina berumur 46 tahun itu dilaporkan melakukan perbuatan itu terhadap seorang wanita berumur 39 tahun, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, berkata kira-kira jam 5.45 petang, mangsa ke pasar itu bersendiran dan ketika sedang memilih ketam mangsa diraba di kemaluan oleh suspek dari belakang.

Menurutnya, mangsa sempat menangkap dan memulas ibu jari suspek.

“Wanita itu berjaya mengenal pasti suspek dan mengingati tatu pada lengan suspek terbabit.

“Selepas kejadian, mangsa membuat laporan polis dan pada Sabtu suspek berjaya ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Sabtu.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.