Penganggur ditahan bersama dadah bernilai lebih RM40,000

Penganggur ditahan bersama dadah bernilai lebih RM40,000

Suspek yang juga penganggur mengaku menjual dadah di Kamunting dan Taiping, kata Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Osman Mamat | Astro Awani
Polis menahan seorang lelaki yang juga penganggur dalam satu pemeriksaan di Kampung Pinang, Kamunting pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan anggota di hadapan rumahnya kira-kira pukul 2 pagi.

Pemeriksaan terhadap beg suspek, membawa kepada penemuan sembilan paket plastik lutsinar dipercayai berisi dadah jenis Methamphetamine seberat 270 gram.

Turut dirampas sebuah kereta dan motorsikal dipercayai milik suspek bernilai lebih RM35,000

Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif methamphetamine dan mempunyai tujuh rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Suspek juga mengaku menjual dadah di sekitar kawasan Kamunting dan Taiping.

Dia ditahan remah sehingga 1 September depan untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.