Pembinaan terowong air Pahang-Selangor siap 94%

Projek Langat Dua mampu memenuhi permintaan air dua juta pengguna.

Pembinaan terowong air Pahang-Selangor siap 94% | Astro Awani
Pemeteraian memorandum persefahaman, MoU yang menyelesaikan pertelingkahan air antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Selangor sejak lima tahun lalu pada Rabu, membuka ruang bagi Projek Langat Dua yang mampu memenuhi permintaan air dua juta pengguna, dimulakan serta merta.

Pada hari Khamis, berlangsung majlis penyempurnaan pengorekkan terowong air mentah Pahang-Selangor yang kini 94 peratus siap.