Pembelajaran dari rumah sepanjang PKP

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meminta Kementerian Pendidikan melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau home based learning sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meminta Kementerian Pendidikan melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau home based learning sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). | Astro Awani
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meminta Kementerian Pendidikan melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau home-based learning sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelasnya, ia akan dilakukan secara berterusan sehingga sesi persekolahan dibuka semula.

"Saya telah minta Kementerian Pendidikan supaya melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau home based learning sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini, dan mungkin untuk tempoh yang seterusnya sehinggalah sekolah dibuka.

"Walaupun keadaan di negara kita InsyaAllah akan kembali pulih dengan langkah-langkah yang sedang diambil, kita mesti ingat bahawa bukan negara kita sahaja yang terkesan dengan wabak ini. Seluruh dunia terkesan termasuklah negara-negara jiran kita," katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung pada Jumaat.

BACA: COVID-19: PKP dilanjutkan dua minggu lagi

Jelasnya, beliau menyedari kebimbangan ibu bapa terhadap anak-anak mereka jika persekolahan diteruskan dalam situasi penularan COVID-19 di negara ini.

"Saya juga baca komen-komen ibu-bapa di Facebook. Ramai yang mahu penutupan sekolah dilanjutkan lagi. Ibu-bapa rata-rata bimbang tentang keselamatan anak-anak. Saya pun ada cucu yang bersekolah. Seperti saudara-saudari saya pun bimbang juga.

BACA: PKP Fasa 3: Beberapa sektor ekonomi terpilih akan dibuka semula - PM

"Semua orang sayangkan anak. Cucu lebih lagilah sayangnya. Jadi, sekolah mungkin tidak akan dibuka lebih awal. Kita mungkin akan tangguhkan dahulu sesi persekolahan sehinggakan kita benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih. Sementara itu, anak-anak kita perlu belajar di rumah," ujar beliau.