Pelajar warga asing hanya dibenarkan solat Jumaat dalam masjid di kampus

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelajar warga asing yang berada di negara ini hanya dibenarkan menunaikan solat Jumaat di masijd dalam kampus universiti.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelajar warga asing yang berada di negara ini hanya dibenarkan menunaikan solat Jumaat di masijd dalam kampus universiti masing-masing. | Astro Awani
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelajar warga asing yang berada di negara ini hanya dibenarkan menunaikan solat Jumaat di masijd dalam kampus universiti masing-masing.

Jelasnya, mereka tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat di masjid luar kampus.

"Kalau yang sudah ada lama dalam kampus dan tiada lagi ketika ini kluster baru dalam kampus seluruh negara, maka boleh dibenarkan namun dalam masjid di kampus. Contoh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ada masjid dan pelajar itu tinggal dalam kamus dan tiada isu dalam UIAM," katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.

Malah katanya, pelajar asing yang baru pulang dari luar negara dan negatif COVID-19 juga dibenarkan menunaikan solat dalam kampus universiti masing-masing.

"Mana-mana pelajar pulang dari luar negara dan didapati negatif COVID-19 maka apabila masuk dalam negara dan pulang ke kampus , mereka dibenarkan solat Jumaat dalam masjid dalam kampus, namun bukan di masjid di luar kampus," ujar beliau lagi.