Pelajar UiTM maut dirempuh ambulans

Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah ambulans

Pelajar UiTM maut dirempuh ambulans | Astro Awani
Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah ambulans dari arah belakang, berhampiran Kampung Permatang Pauh, Jalan Kangar – Alor Setar.

Dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, mangsa Siti Faieza Idzuana Abdullah, 19, dari Utan Aji, di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang membelok ke kanan menuju sebuah rumah sebelum didatangi ambulans dari arah belakang.

Ambulans Klinik Kesihatan daerah Kangar yang dipandu lelaki berusia 27 tahun itu, dipercayai cuba mengelak namun terlanggar bahagian kanan motosikal mangsa.

Perlanggaran itu mengakibatkan mangsa terseret sejauh 15 meter, manakala ambulans berkenaan tebabas ke dalam parit di sebelah kanan jalan.

Pemandu ambulans berkenaan, bagaimanapun, hanya mengalami sakit di bahagian dada.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk bedah siasat.

Menurut Wari, tiada tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.