Pecatlah.. saya tunggu di pejabat - Dr Mahathir

Menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya beliau turut memberitahu beliau sedang menunggu di pejabatnya untuk dipecat.

Menerusi satu catatan di akaun Twitter milik Dr Mahathir turut memberitahu beliau sedang menunggu di pejabatnya untuk dipecat. - Gambar fail | Astro Awani
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini pada Jumaat.

Menerusi satu catatan di akaun Twitter miliknya turut memberitahu beliau sedang menunggu di pejabatnya untuk dipecat.

"Saya sekarang di Ibu Pejabat Bersatu, kata nak pecat, saya tunggu di pejabat," katanya ringkas.


Pada Khamis, Dr Mahathir yang juga bekas Pengerusi Bersatu bersama empat lagi iaitu Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah digugurkan keahlian mereka daripada Bersatu.