Pawagam 'drive-in' dibenarkan! Tumpuan kenyataan media PKPP

Mungkin ini antara perkara yang dinanti-nantikan semua...

Menurut Ismail Sabri, SOP tersebut akan diperincikan oleh kementerian berkaitan. - Gambar Twitter/KomzHolmes | Astro Awani
Selepas panggung wayang dibenarkan kembali beroperasi, satu lagi perkembangan terbaru dkongsi hari ini apabila kerajaan membenarkan permohonan aktiviti pawagam pandu masuk (drive-in cinema) tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP).

Mungkin ini antara perkara yang dinanti-nantikan semua.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, SOP tersebut akan diperincikan oleh kementerian berkaitan.

Lima tumpuan kenyataan media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP):

1. Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat 66 sekatan jalan raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 39,407 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

2. Sepuluh warganegara asing ditahan kerana kesalahan imigresen.

3. Seramai enam individu yang pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan KLIA2 dibawa ke hospital, manakala 624 individu diperintah menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka.

4. Mesyuarat Khas bersetuju membenarkan permohonan aktiviti pawagam pandu masuk (drive-in cinema) tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP).

5. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperincikan SOP berkaitan aktiviti pawagam pandu masuk bagi rujukan operator terlibat.

BACA: Hasrat tonton wayang dari dalam kereta hampir tercapai, kerajaan benarkan 'drive-in cinema'