Pasca moratorium, bagaimana untuk tidak panik?

Kerajaan melanjutkan moratorium dan bantuan bank bersasar selama tiga bulan, khusus untuk golongan yang benar-benar memerlukan dan masih terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

Apakah yang akan terjadi kepada peminjam selepas tamat tempoh moratorium dan cara terbaik menghadapi situasi tersebut? Sertai webinar dan daftar sekarang di linc.astroawani.com | Astro Awani
KUALA LUMPUR: Kegagalan membuat persediaan awal dalam perancangan kewangan mendedahkan individu atau perniagaan kepada pelbagai risiko yang boleh menganggu aliran tunai.

Pandemik COVID-19 yang melanda telah menyebabkan kuasa membeli terjejas, malah adaptasi kepada kebiasaan baharu yang diamalkan kini memerlukan penyesuaian diri serta masa untuk setiap sektor terlibat.

Ekoran itu, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar bagi tempoh tiga bulan berfokus kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Langkah itu diambil bagi membantu rakyat yang terjejas akibat COVID-19 ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sehingga 20 Julai lalu, nilai moratorium sebanyak RM38.3 bilion diberikan yang memanfaatkan lebih 7.7 juta rakyat di negara ini atau 93 peratus daripada peminjam individu manakala RM20.7 bilion untuk 243,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Namun, apakah yang akan berlaku kepada peminjam individu, peniaga PKS dan korporat dalam menguruskan kewangan mereka selepas tamah tempoh moratorium?

Apakah persedian yang terbaik bagi mengelakkan situasi panik daripada berlaku?

Sertai kami dalam diskusi secara mendalam menerusi webinar AWANI - The New Normal Series S07 membincangkan isu “Pasca Moratorium: Bagaimana untuk TIDAK PANIK?”.

Daftar sekarang di www.linc.astroawani.com, pada 5 Ogos 2020 ini, jam 11 pagi.

Sesi ini dikendalikan oleh Editor Astro AWANI, Rizal Zulkapli dan disertai Pengurus Besar, Bahagian Operasi, AKPK, Nor Fazleen Zakaria, Pengarah Hijrah Wealth Managemnet Sdn Bhd, Hjh Rohani Datuk Hj Mohd Shahir, Pengurus Kanan, Jabatan Pengurusan Strategi KWSP, Farizan Kamaluddin serta Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan SME Bank, Haizad Rizal Aziz. 

Sertai kami dan daftar sekarang di linc.astroawani.com pada 5 Ogos 2020, jam 11 pagi.