'Pantun Syawal' Menteri Kewangan buat rakyat Malaysia

Memahami rintihan hati rakyat terutamanya umat Islam yang perlu menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dalam normal baharu, Menteri Kewangan menitipkan dua rangkap pantun buat mereka.

'Pantun Syawal' Menteri Kewangan buat rakyat Malaysia | Astro Awani
PUTRAJAYA:Memahami rintihan hati rakyat terutama umat Islam yang menyambut Aidilfitri tahun ini dalam suasana normal baharu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menitipkan dua rangkap pantun buat mereka.

Pantun itu diungkapkan sebelum beliau mengakhiri siaran langsung Perkongsian Laporan Ke-6 Pencapaian Prihatin - Laksana pada Selasa.

“Anak Pak Nazri berlari-lari,
Sambil berlari memakan roti,
WhatsApp dikirim pengganti diri,
Memohon maaf seikhlas hati.

“Cantik sungguh si rama-rama,
Hinggap seekor atas bendera,
1 Syawal menjelang tiba,
Jangan berziarah, video call saja.

“Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin kepada semua umat Islam dan kepada yang bukan Islam, selamat bercuti,” katanya.

Dalam siaran langsung sama, beliau berkata meskipun Syawal tahun ini disambut dengan cara berbeza namun pasti ada hikmah dan mesej keinsafan di sebalik kesederhanaan persiapan Hari Raya tahun ini.

“Yang pentingnya kita perlu bersyukur dengan keadaan wabak yang amat terkawal di Malaysia dan berterima kasih dengan apa yang mampu dinikmati,” katanya.