NGO hanya dibenar serah barangan kering dan yang sudah dimasak - Menteri

NGO terlibat mestilah berorientasikan kebajikan dan perlu menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri sehari sebelum aktiviti penyaluran sumbangan.

NGO terlibat mestilah berorientasikan kebajikan dan perlu menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri sehari sebelum aktiviti penyaluran sumbangan. | Astro Awani
Badan bukan kerajaan (NGO) hanya dibenar serah barangan kering dan yang sudah dimasak.

Itu adalah satu daripada tujuh syarat yang ditetapkan kepada NGO jika mahu bergiat menyalurkan bantuan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam satu kenyataan, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Mohd Harun turut meletakkan syarat bahawa, hanya dua anggota NGO dibenarkan melakukan serahan dan ia wajib disertai anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Rela.

Selain itu, NGO terlibat mestilah berorientasikan kebajikan dan perlu menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri sehari sebelum aktiviti penyaluran sumbangan.

Anggota NGO terlibat juga perlu diperiksa suhu badan sementara anggota yang bergejala tidak dibenarkan terlibat.

 NGO terlibat mestilah berorientasikan kebajikan dan perlu menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri sehari sebelum aktiviti penyaluran sumbangan.


 NGO terlibat mestilah berorientasikan kebajikan dan perlu menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri sehari sebelum aktiviti penyaluran sumbangan.



 NGO terlibat mestilah berorientasikan kebajikan dan perlu menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri sehari sebelum aktiviti penyaluran sumbangan.

 NGO terlibat mestilah berorientasikan kebajikan dan perlu menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri sehari sebelum aktiviti penyaluran sumbangan.



NGO yang berminat boleh menghubungi talian bilik gerakan pejabat kebajikan masyarakat negeri yang beroperasi 24 jam.

Jelas Rina, garis panduan ini dibuat bagi melancarkan proses pengurusan sumbangan dan membolehkan NGO terlibat dalam aktiviti penyaluran kepada kumpulan sasar.