Merancakkan semula pelancongan domestik, ini lima perkara penting sidang media MOTAC

Bermula hari ini, PKPP dikuatkuasa dengan lebih banyak pelonggaran diberikan termasuk membuka semula sektor pelancongan domestik.

Nancy berkata, MOTAC rangka pelan pemulihan pelancongan dan kebudayaan yang efektif dengan kadar segera. - Gambar Astro AWANI / Shahir Omar | Astro Awani
Bermula hari ini, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mula dikuatkuasa dengan lebih banyak kelonggaran diberikan kepada sektor ekonomi negara termasuk membuka semula sektor pelancongan domestik.

Berikut merupakan intipati penting hasil sidang media sempena penyemarakan semula pelancongan domestik oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri hari ini;

1- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) mengadakan lebih 12 siri sesi libat urus seperti Jawatankuasa Tindakan Pemulihan Pelancongan (TRAC) bersama agensi kerajaan dan penggiat industri pelancongan serta kebudayaan bagi mengenal pasti impak serta tindakan atau strategi untuk menangani pandemik COVID-19.

2- MOTAC merangka pelan pemulihan pelancongan dan kebudayaan yang efektif dengan kadar segera.

3- Meskipun Kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM2020) telah dibatalkan, usaha-usaha mempromosikan negara sebagai destinasi pelancongan yang selamat akan diteruskan.

4- Bagi merancakkan semula atau ‘rebound’ industri pelancongan dan kebudayaan negara, strategi-strategi awal pelan pemulihan pelancongan dan kebudayaan telahpun dikenalpasti.

5- MOTAC telah melaksanakan beberapa inisiatif dalam membantu meringankan beban penggiat industri pelancongan menangani impak wabak pandemik COVID-19.