Media sosial kecoh, dakwa banjir kilat di Shah Alam, tapi...

Sebuah klip video yang mendakwa berlakunya kejadian banjir kilat di sekitar Shah Alam tersebar di internet pada petang Isnin.

Imej video banjir kilat di Seksyen 13, Shah Alam yang tular di media sosial. - Gambar pengguna Twitter. | Astro Awani
Sebuah klip video yang mendakwa berlakunya kejadian banjir kilat di sekitar Shah Alam tersebar di internet pada petang Isnin.

Facebook dan Twitter pada Isnin kecoh apabila ramai mempersoalkan kejadian banjir yang kerap berlaku di bandar raya tersebut.

Pengguna Twitter, @mimizzti berkata; "Adoiii, Batu Tiga, Aeon Shah Alam kalau tak banjir tak sah," ciapnya malam Isnin.


Menurut @anumasyiqin pula berkata, rata-rata penduduk tidak mengetahui pihak yang wajar bertanggungjawab mengenai kejadian banjir tersebut.


Bagaimanapun, jurucakap bomba ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad juga berkata, mereka tidak menerima aduan mengenainya.


"Tak pasti pula mengenai banjir tapi kami ada menerima (laporan) mengenai beberapa kejadian pokok tumbang hari ini.

"Pokok tumbang banyak, di Seksyen 9, Seksyen 15 dan Seksyen 32," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.