Mayat lelaki terjun Jambatan Kuap berjaya ditemui

Mangsa ditemui dalam keadaan terapung sejauh 50 meter dari tempat mangsa terjatuh di hulu sungai.

Mayat mangsa dibawa naik dari sungai oleh pasukan Pertahanan Awam. - Astro AWANI | Astro Awani
Seorang lelaki yang terjun dari Jambatan Kuap pada Isnin berjaya ditemui sekitar jam 6.10 petang Selasa.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Samarahan, Kapten Pertahanan Awam (PA) Alias Bujang, mengesahkan identiti mangsa berkenaan sebagai Kelvin Tey Yuan Cheng, 17 tahun, yang tinggal di Taman Duranda Emas, Siburan.

Katanya, mangsa ditemui dalam keadaan terapung sejauh 50 meter dari tempat mangsa terjatuh di hulu sungai.

Terdahulu, mangsa berusia 17 tahun itu terjun dari Jambatan Kuap dan kali terakhir mangsa memakai pakaian baju-T putih dan seluar jean hitam.

Hasil maklumat, mangsa dilihat terkapai-kapai dan beberapa minit kemudian hilang dari permukaan air akibat dibawa arus sungai yang deras semasa kejadian berlaku.

Kes diklasifikasikan sebagai bunuh diri.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan.