Lelaki hilang dikhuatiri lemas di Teluk Cowie

Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika menaiki bot di kawasan laut teluk Cowie.

Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika menaiki bot di kawasan laut teluk Cowie hendak menuju ke sungai Melayu pulau Sebatik pada Jumaat. - Astro AWANI | Astro Awani
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika menaiki bot di kawasan laut Teluk Cowie hendak menuju ke Sungai Melayu, Pulau Sebatik pada Jumaat.

Sementara itu, pegawai pemerintah markas operasi PPM wilayah 4 Tawau, Deputi Superintendan Mohd Nazari Ismail mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi Astro AWANI.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang, bot ronda Pasukan Polis Marin(PPM) wilayah 4 Tawau yang melakukan rondaan Op Benteng Covid-19 menemui sebuah perahu terpusing-pusing di laut tanpa juragan.

Apabila perahu tersebut didekati dan diperiksa, anggota PPM menemui sebuah beg galas berwarna hitam.

Pemeriksaan selanjutnya mendapati beg tersebut berisi dokumen diri dan wang tunai berjumlah RM13.00.
Perahu tersebut seterusnya ditunda ke pangkalan Marin Tawau untuk tindakan selanjutnya.

Menurut adik mangsa, Ismail Sabran, abangnya Nurul Maslan Sabran, 34 tahun ada menghubunginya untuk memaklumkan hendak ke Sungai Melayu bersendirian sebelum kejadian.

Namun, mereka sekeluarga amat terkejut ketika dihubungi oleh pihak berkuasa berkaitan penemuan sebuah perahu milik abangnya di lokasi kejadian pada jumaat.