Laporan tanah runtuh Bukit Kukus siap minggu depan

Laporan siasatan berhubung bencana tanah runtuh di projek Jalan Berkembar Bukit Kukus, Pulau Pinang dijangka siap minggu depan.

Laporan tanah runtuh Bukit Kukus siap minggu depan | Astro Awani
Laporan siasatan berhubung bencana tanah runtuh di projek Jalan Berkembar Bukit Kukus, Pulau Pinang dijangka siap minggu depan kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata kementeriannya masih menunggu siasatan laporan lengkap untuk melihat sama ada berlaku sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) atau sebaliknya.

"Saya akan menerima laporan siasatan minggu depan. Kita akan lihat sama ada ia melanggar SOP atau tidak.

"Siasatan ini akan menjurus mengenai pematuhan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang dipinda baru-baru ini," katanya kepada media  di lobi Parlimen, di sini hari.

Beliau  berkata demikian apabila ditanya sama ada berlaku pelanggaran SOP dalam tragedi di Bukit Kukus yang mengorbankan lapan nyawa setakat ini.

Jumaat lalu, berlaku tanah runtuh di Bukit Kukus yang menyebabkan enam hingga 10 kontena didiami pekerja binaan tertembus dalam runtuhan tanah.