Kanak-kanak enam tahun dikhuatiri lemas di Sungai Perak

Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama keluarga dan rakan di Sungai Perak, berhampiran Kampung Loh Karai, Sungai Siput petang Selasa.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan di kawasan mangsa dilaporkan hilang. -Gambar hiasan | Astro Awani
IPOH:Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama keluarga dan rakan di Sungai Perak, berhampiran Kampung Loh Karai, Sungai Siput petang Selasa.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden yang menimpa Mohd Danish Irfan Mohd Baharudin pada 2.06 petang.

Beliau berkata seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput dan Kuala Kangsar dikejarkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut dibantu anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

"Ketika ini, anggota bomba sedang melakukan operasi pencarian di permukaan sungai di kawasan mangsa dipercayai lemas dan di sekitar tebing sungai," menurutnya dalam satu kenyataan di sini.

-- BERNAMA