Jerebu: Sambutan Hari Malaysia di Kuching diteruskan, Sarawak ada pelan alternatif

Sarawak mempunyai perancangan alternatif sekiranya perkara ini semakin memburuk sekali gus tidak menunjukkan tanda-tanda pulih.

Jerebu: Sambutan Hari Malaysia di Kuching diteruskan, Sarawak ada pelan alternatif | Astro Awani
Kurang seminggu lagi sambutan Hari Malaysia 2019 diadakan di Padang Merdeka Kuching.

Malah keadaan cuaca yang tidak memuaskan serta jerebu di Sarawak sejak kebelakangan ini mungkin akan menjejaskan perancangan awal sambutan itu.

Namun, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, kerajaan negeri mempunyai perancangan alternatif sekiranya keadaan itu memburuk sekali gus tidak menunjukkan tanda-tanda pulih.

"Kita akan melihat keadaan ini (jerebu). Dalam masa sama kita juga ada pelan alternatif sekiranya keadaan jerebu ini berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika selepas Majlis Jamuan Teh sempena Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Serian.

Selain itu, Awang Tengah tidak memperincikan pelan alternatif tersebut.