'Jangan sibuk campuri urusan negeri, Johor masih ada Sultan' - Sultan Johor

Biarpun kini berada di luar negara, perkembangan dalam negara terutamanya di Johor tetap diikuti melalui laporan semua pihak.

Jelas baginda, biar pun kini berada di luar negara, perkembangan dalam negara terutamanya di Johor tetap diikuti melalui laporan semua pihak. - Gambar fail | Astro Awani
"Jangan sibuk mencampuri urusan negeri ini kerana negeri yang berdaulat ini masih mempunyai seorang Sultan," titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Jelas Sultan Ibrahim, biar pun baginda kini berada di luar negara, perkembangan dalam negara terutamanya di Johor tetap diikuti melalui laporan semua pihak.

"Saya mahu pihak tertentu berhenti membuat bising dan bertelagah mengenai politik sebaliknya tumpukan kepada usaha menjaga negara.

"Saya akan membuat keputusan yang terbaik demi rakyat saya apabila tiba masanya nanti," titah baginda lagi menerusi akaun Facebook rasmi baginda pada Rabu.

BACA: Sah, MB Johor letak jawatan - Tun Mahathir


Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu adalah hak kerajaan dan parti politik yang memenangi pilihan raya bukan Institusi Raja.


Jelasnya, ketika ini pihaknya sedang meneliti beberapa calon untuk menyandang jawatan itu selepas bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian meletak jawatan pada Isnin.


Namun, jelas Tun Mahathir, proses berkenaan akan memakan masa untuk menamakan calon yang benar benar layak dilantik.