Ini senarai 14 Zon Merah COVID-19 di Malaysia - KKM

Kawasan-kawasan tersebut merupakan kawasan yang mempunyai jumlah mangsa yang dijangkiti wabak COVID-19 paling tinggi.

Kerajaan mengumumkan akan melaksanakan proses nyah cemar di seluruh negara bermula Isnin ini di kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi dan juga secara rumah ke rumah terutama di Projek Perumahan Rakyat (PPR). | Astro Awani
Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) hari ini menyenaraikan 14 kawasan yang dilabel sebagai Zon Merah (Berbahaya) wabak COVID-19 di negara ini.

Senarai tersebut telah dikemaskini oleh KKM pada Ahad.

Kawasan-kawasan tersebut merupakan kawasan yang mempunyai jumlah mangsa yang dijangkiti wabak COVID-19 paling tinggi.

Berikut adalah kawasan yang dilabel sebagai Zon Merah COVID-19 mengikut daerah:

1. Lembah Pantai

2. Petaling

3. Hulu Langat

4. Seremban

5. Kluang

6. Johor Bahru

7. Kuching

8. Kota Bharu

9. Kinta

10. Gombak

11. Tawau

12. Hilir Perak

13. Titiwangsa

14. Klang



BACA : COVID-19: Enam kawasan dilabel sebagai zon merah

BACA : COVID-19: Proses nyah cemar seluruh negara Isnin ini



Terdahulu, Kerajaan mengumumkan akan melaksanakan proses nyah cemar di seluruh negara bermula Isnin ini di kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi dan juga secara rumah ke rumah terutama di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, proses nyah cemar itu akan diselaraskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Rakyat Malaysia Harus #DudukRumah Dan #KekalTenang Untuk Kita Sama-sama #HapusCOVID19