Ini lima perkara penting sidang media harian PKPB

Ini apa yang anda perlu tahu hari ini.

Ismail Sabri berkata, bermula 10 Jun 2020, rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara tidak lagi akan dikuarantin wajib di pusat kuarantin. | Astro Awani
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media harian berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini, 7 Jun 2020.

INI APA YANG ANDA PERLU TAHU HARI INI:

1. PDRM telah menahan dan mereman 61 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPB dan memeriksa 225,345 kenderaan.

2. Bermula 10 Jun 2020, rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara tidak lagi akan dikuarantin wajib di pusat kuarantin sebaliknya swab test akan dijalankan sejurus tiba di lapangan terbang.

3. Seramai 50,873 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April 2020

4. Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dibenarkan untuk menggerakkan rondaan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Zon Hijau bermula 20 Jun 2020.

5. Semua pendaftaran perkahwinan bukan Islam yang terjejas perlu diselesaikan sebelum 31 Julai 2020.