Ini 5 fokus utama sidang akhbar PKPB

Ini apa yang anda perlu tahu pada sidang akhbar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Polis telah menahan 31 individu termasuk 26 daripada mereka direman dan baki diberi jamin polis. - Gambar fail | Astro Awani
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media harian berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini, 4 Jun 2020.

INI APA YANG ANDA PERLU TAHU HARI INI

1. Sejumlah 290,432 kenderaan diperiksa dalam 140 sekatan jalan raya di seluruh negara.

2. Polis telah menahan 31 individu termasuk 26 daripada mereka direman dan selebihnya telah diberi jaminan polis.

3. Sebanyak 572 kertas siasatan berkenaan penipuan penjualan topeng muka dan hidung melibatkan kerugian RM5.5 juta dibuka polis, penjualan dipercayai dilakukan melalui platform media sosial Facebook dan WhatsApp.

4. Sehingga 4 Jun 2020, sebanyak 266 kertas siasatan dibuka polis dan SKMM berhubung berita palsu berkaitan COVID-19.

5. Dari tempoh 27 April sehingga 4 Jun, 2020, sejumlah 57,729 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang berada dikampus telah dihantar pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.